Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

1,939 pelajar dapat 8A di Wilayah Persekutuan

Sebanyak 1,939 daripada 24,339 pelajar di Wilayah Persekutuan mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan pagi ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak, berkata tiga sekolah cemerlang ialah Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.

"Pelajar yang mendapat 8A meningkat sebanyak 0.47 peratus berbanding 1,789 pada tahun lalu," katanya.

Santa Claus rompak bank

NASHVILLE (Tennessee): Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memburu ‘Santa Claus’ yang merompak sebuah bank atas alasan mahu membayar upah kepada ‘khadamnya’.

Lelaki terbabit dilaporkan masuk ke Bank SunTrust kira-kira jam 10 pagi semalam dengan pakaian lengkap seperti Santa Claus.

Menurut saksi, perompak terbabit turut memakai cermin mata hitam.

Richlyn Jones berkata, perompak itu membawa bersama beg merah dan mengeluarkan pistol untuk memaksa semua pelanggan serta kakitangan bank itu diam.

“Ia luar biasa. Sambil mengacu pistolnya dia kelihatan gembira dan mengarahkan semua wang dimasukkan ke beg dibawanya,” katanya.

Menurut Jones, perompak itu mendakwa dia terpaksa merompak bank kerana sebagai Santa Claus dia perlu membayar upah kepada khadamnya.

Perompak itu kemudian melarikan diri menaiki kereta. - Agensi


Source from http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Global/20091224090018/Article/index_html

Salam

Welcome to my blog.