Skip to main content

Santa Claus rompak bank

NASHVILLE (Tennessee): Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memburu ‘Santa Claus’ yang merompak sebuah bank atas alasan mahu membayar upah kepada ‘khadamnya’.

Lelaki terbabit dilaporkan masuk ke Bank SunTrust kira-kira jam 10 pagi semalam dengan pakaian lengkap seperti Santa Claus.

Menurut saksi, perompak terbabit turut memakai cermin mata hitam.

Richlyn Jones berkata, perompak itu membawa bersama beg merah dan mengeluarkan pistol untuk memaksa semua pelanggan serta kakitangan bank itu diam.

“Ia luar biasa. Sambil mengacu pistolnya dia kelihatan gembira dan mengarahkan semua wang dimasukkan ke beg dibawanya,” katanya.

Menurut Jones, perompak itu mendakwa dia terpaksa merompak bank kerana sebagai Santa Claus dia perlu membayar upah kepada khadamnya.

Perompak itu kemudian melarikan diri menaiki kereta. - Agensi


Source from http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Global/20091224090018/Article/index_html

Comments

Popular posts from this blog

Surah Al Fajr.

Tari Tualang Tiga from the film Semerah Padi

KELEBIHAN QIYAMULAIL

KELEBIHAN QIYAMULAIL (TAHAJJUD) Allah Taala telah berfirman tentang sifat-sifat orang bertakwa: إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُون ٍ. ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ iaitu di dalam kehidupan dunia kemudian menerangkan kebaikan mereka di dalam amalan dengan firmanNya: كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ . وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ. Berkata Al Hasan Al Basri rahimahullahu taala alaihi: Mereka menanggung berdiri malam dan tidak tidur malam melainkan sedikit dan mereka rajin melakunya dengan lama hingga ke waktu sahur dan mereka beristighfar pada waktu sahur (Tafsir Al Quranul Azim, bab 4 m.s 250). Allah Taala menyatakan sifat orang beriman dengan firmanNya: إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ . تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ yakni dengan demikian mereka berdiri malam dan meninggalkan tid...