KELEBIHAN QIYAMULAIL (TAHAJJUD) Allah Taala telah berfirman tentang sifat-sifat orang bertakwa: إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُون ٍ. ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ iaitu di dalam kehidupan dunia kemudian menerangkan kebaikan mereka di dalam amalan dengan firmanNya: كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ . وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ. Berkata Al Hasan Al Basri rahimahullahu taala alaihi: Mereka menanggung berdiri malam dan tidak tidur malam melainkan sedikit dan mereka rajin melakunya dengan lama hingga ke waktu sahur dan mereka beristighfar pada waktu sahur (Tafsir Al Quranul Azim, bab 4 m.s 250). Allah Taala menyatakan sifat orang beriman dengan firmanNya: إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ . تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ yakni dengan demikian mereka berdiri malam dan meninggalkan tid...
Sudah sunnah orang berjuang, Mengembara dan Berkelana, Miskin dan Papa jadi Tradisi, Berenggang dengan anak dan Isteri....